Sepi Tanpa Cinta

Damya Hanna


Rated: 4.00 of 5 stars
4.00 · 10 ratings · 469 pages · Published: 22 Jul 2004

Sepi Tanpa Cinta by Damya Hanna
' Ku tetap menanti selagi ada asa di sebalik rindu yang tegar... '

Sinopsis : Sepi Tanpa Cinta
Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri . Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul , cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura . Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah . Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz ... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Tagged as:

    romance tags

    crime tags

    literary-fiction tags

    historical-fiction tags

    fantasy tags

    sci-fi tags

    action-adventure tags

    thriller tags

    horror tags

    Collections/Custom tags



    Reviews